17 Jun 2012

Kronologi Saya.


28 Jun 1990 (8.15am) 
Aku lahir kedunia, 7 hari lepas tu, nama aku diberi.


1 Januari 1996 
Masuk pre school selama 1 tahun kat SK Taman Johor Jaya 1.


6 Januari 1997-22 November 2002
SK Taman Johor Jaya 1. 7 tahun belajar kat situ. Banyak benda yang aku dapat belajar. Belajar dari buku dan satu-satunya perkara yang aku tak dapat belajar dari buku, tapi bernilai adalah pengalaman. Dari situ, aku mengenal erti seorang kawan. Siapa kawan dan siapa lawan. Tapi aku tak nak ber "lawan" sebab sebagai seorang muslim kita tak sepatutnya benci membenci sesama makhluk dan sesama saudara.


6 Januari 2003-Penghujung 2005 (PMR)-awal 2006 
Aku daftar kat SMK Taman Johor Jaya 1. Aku tak memohon dan tak dapat mana-mana tawaran sekolah yang best-best macam yang lain. Sebab aku tak pandai macam yang lain-lain. Aku tak pandai tapi kena rajin. Hehe. Sama macam sekolah rendah dulu, kat sini aku semakin kenal apa dia kawan, apa yang baik jadi tauladan, yang tak baik jadi sempadan. Aku kenal rokok, aku kenal buli, aku kenal study dan sebagainya. At least but not last, aku kenal minat aku dalam Sains dan Kejuruteraan. Penghujung 2005, aku mula nampak yang aku tak boleh duduk dalam kelompok aku sahaja, dan aku kena keluar untuk majukan diri. Aku selesa pada masa tu, dan aku tak nak untuk merasa sungguh selesa sehingga aku tak jalankan tanggungjawab aku. Jadi aku mesti keluar dan aku memohon masuk ke SMT Perdagangan Johor Bahru untuk lari dari jurusan Sains. Sebab apa aku lari, sebab aku tak minat Biologi ! Aku memohon dan mengambil jurusan kejuruteraan awam dan alhamdulillah, aku diterima masuk ke sekolah dan jurusan tersebut untuk meneruskan pelajaran. 


6 Februari 2006-Percubaan SPM 2007
Aku masuk SMT Perdagangan Johor Bahru. Aku jadi budak outsider(sekolah ni asrama harian..jadi ada budak outsider dan insider-hostel..). Perjalanan aku menjadi outsider tak lama, sebab aku memohon untuk masuk asrama sekolah tersebut dan sekali lagi aku diterima masuk atas performance aku sebagai pelajar time tu. Aku bangga menjadi sebahagian dari anak jati SMTP masa tu. Masakan tidak, 100% hidup aku dihabiskan kat situ, dari buka mata sehinggalah tutup mata. Macam-macam ragam yang aku jumpa. Macam-macam perangai ada. Dan yang paling aku tak lupa, aku jumpa someone yang aku rasakan amat istimewa dalam hidup aku. Tapi masa tu kami masih berkawan sahaja. Jumpa depan-depan pun malu untuk membuka bicara. Hehe. Cuma masa tu, kuat naluri aku untuk keluar dari asrama atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Aku dilarang keras oleh kedua orang tua aku.

Percubaan SPM
Aku jawab seperti biasa. Aku dah study kaw-kaw bab kejuruteraan awam dan kimia. Dua subjek yang memang aku minat masa tu (dan sehingga kini, kimia tetap dihati). Tapi sesuatu yang berlaku tak dijangka, atas sebab kesilapan aku semasa menjadi ketua dorm;melepaskan ramai junior aku buat perkara yang tak elok, akhirnya aku ditikam dari belakang. Malam tu aku bertumbuk dengan junior atas satu perkara yang sememangnya aku tak buat. Aku dituduh merampas dan memecahkan handphone junior(walhal memang tak boleh bawak handphone,tapi bawak sorok-sorok). Aku tak buat benda tu. Sampai sekarang aku tak nak tengok muka budak tu. Dari sini aku belajar satu pepatah yang aku reka sendiri,pepatah tu berbunyi :

"jangan sesekali membenci sesama muslim, sesama manusia, sesama makhluk,tapi jika sekali membenci, jangan tengok mukanya lagi,"-Aiman Amin.

Selepas dari peristiwa tu, aku telah dipanggil oleh lembaga dispilin asrama. Aku telah disoal pelbagai perkara. Keesokan harinya aku sekali lagi dipanggil oleh Hal Ehwal Murid (HEM). Aku sekali lagi disoal pelbagai perkara. Aku sedih dibuat macam tu. Seolah-olah aku 100% bersalah dalam hal ni. Puas sudah aku menyatakan hal yang sebenar. Rupa-rupanya, tak syak lagi, aku bukan sahaja ditikam dari belakang, malah pelbagai arah, pelbagai sudut. Subhanallah. 

Selama seminggu aku turun naik pejabat sekolah mengadap HEM. Dan dalam seminggu itulah, aku tak senang duduk, bukan setiap waktu belajarku, aku perlu mengadap HEM, malah perlu, mengadap kawan-kawan aku yang nak backup aku. Cerita aku tak pernah berubah. Ayat sahaja lain, tapi maksudnya tetap sama. Seminggu itulah aku jugak tengok junior aku tu kena belasah dengan kawan-kawan aku. Aku tak minta, tapi mereka tau aku macamana. Jadi mereka tolong "balas dendam" untuk aku. Aku tak menyuruh, dan aku tak melarang. Memang aku tak nak jatuhkan hukuman sendiri dan aku juga merelakan apa yang mereka buat untuk aku. Disebabkan masa tu percubaan SPM, masing-masing bebas melakukan apa sahaja. 

Pada hari Jumaat, aku sekali lagi dipanggil Lembaga Disiplin Teknik. Aku disoal oleh 8 orang guru yang mewakili pelbagai unit termasuklah warden,guru kelas dan Pengetua. Begitu jugak dengan junior aku. Akhirnya tepat jam 12pm, Jumaat, tahun 2007, penghujung bulan 10, aku dijatuhkan hukuman BUANG ASRAMA dengan kesalahan BULI ! Waktu tu, aku tak tau rasa apa. Aku nak menangis,malu, nak marah tak boleh, nak ketawa, memang tak sesuai, aku terimalah dengan berat hati. Aku keluar dari asrama dengan rasa 1001 penghinaan. Hanya Allah sahaja yang tahu. Teman istimewa aku terpaksa aku tinggalkan. Tapi sekarang aku dah serius bersamanya. InsyaAllah, dalam masa terdekat, aku akan mengambilnya sebagai isteri aku yang sah. Hehe


bersambung...

25 Apr 2012

Beku

Satu apa pun tak menjadi,
Otak pun jadi beku,
Tak ada idea untuk menulis entry,
Kepenatan tahap lembu.

Artwork pun tak ada,
Gantung kamera sekejap,
Semoga ilham ada,
Untuk pendapatan jadi tetap.

Peh, makin hari makin beku,
Macam letak dalam ice compartment
Jangan la macam tu,
Aku masih dalam development !

15 Apr 2012

Kembali

Lama sangat tak update blog ni.
Sekarang dah sampai masa untuk kembali semula. Kembali aktif untuk fotografi. Kembali aktif untuk memuaskan hati.

Khas untuk penduduk sekitar Sarawak , terutamanya kawasan sekitar Lawas, Trusan dan Sundar  boleh check-in dekat butang package untuk tempahan pakej perkahwinan yang sesuai untuk anda.

Terima Kasih !